Wednesday, August 25, 2010

penatnye bulan puase neyh...



salam alaik...

kali ni xdela alia nak cete pasal fakta2... this entry is more to my personal emotion...
bulan pose ne bnyak betul dugaan datang bertimbun2...:

-mid sem test...(hmm, aku jawab sebaik mungkin...even soalan fizik hr tue payah gaban..as long as i put all my efforts the night be4 test smpai jam 4 pagi, still x puas hati ngan soalan dye..astaghfirullah)

-lantikan penghulu Suksis skuad junior, dengo sedap jer cm dapat jawatan menteri besar, tapi koje yg nk kene wat + tanggunbgjawab nk meyakinkn skuad yg kite layak pegang jawatan tue bukan satu bende yg ringan....(xpe asmeelya, tanggungjwb mendewasakan kau, jalankan dengan hati yg ikhlas yer...jgn peduli org yg nak jahanamkn kite...insyallah Allah tolong..)

-mak ayah xde, g mekah wat ibadah umrah...Alhamdulillah...MAK, APAK, ya rindu sangat mak apak.... x sabo nak peluk cium, ketahuilah anakmu ini cepat hilang semangat tanpa mak apak kat sbelah ya...rindu..~ (adoi, sedey, nak nanges..) (=_=)

-kipas bilik aman wat hal....dah 2 hari dok bising lebih dari binatang riang2...adoi..annoying gler....dah wat report...thx god, settle sudah~

-BANYAKNYER PAKAI DUIT BULAN POSE NIE...!! yela mane xnyer, org nak bajetla ekonomi bulan pose ni...but then, bnyak pulak jamuan berbuka..lau free, aq suka jer nak join.. ni lak, wajib bayar..hmmm dah tu wajib hadir plak....wawawa...neseb bek hari2 biasa masjid sponser aq makan...syukran yer sapo2 yg sedekah kat masjid usm...mmg sedap lagi mengenyangkan...barakallahu feek..~

-KAD ATM XDE...subhanallah, terkejut gak duit pinjaman ptptn aq lulus..siap wat sujut syukur lagi...yela kakak aq dulu mintak x dapat..sian dye...2 kali mintak baru dapat, tu pon rm500 jer satu sem...but when my turn dapat FULL...waaa, seronoh..tapi memikirkan hutang jer, baek aq standby awal2 nbak kene cekik...sep la konon..huuh..~
but the problem here, sekarang dah hujung bulan, duit dah masuk...TAPI, kad nak cucuk bagi keluar duit plak xde...cmne ni??? sapa nak tolong aq bwak g bank islam terdekat area penang?? hero malaya..!! cepat tolong..!! sebelum saye sesat kendatipun diculik hero hindustan! wakaka~ berangan sudah...(^_-)

-bace quran x hbes lagi..bile nak khatam ni asmeelya oii, bulan pose nak hbes dah makcik..lau boleh khatam la cepat2...tinggal 8 juzuk jer lagi..kamon..!! keep it up.!!.even sll meeting mlm2..try fix masa amek quran baca...siram hati yg hitam tu...dear Allah, please guide me..~

sekian sajer...saja nak bagi hilang stress, padan muke, sapa yang baca ni pon mesti lagi stress nak tergelak ngan habbit aq yg x matang neyh...ok then...selamat berpose..niat pose sebulan tau..!! seang lau x bangun sahor nnti..huhu~

"YA ALLAH KUATKANLAH IMANKU...SESUNGGUHNYA AKU BERPUASA...."
=selawat=

Monday, August 16, 2010

Nak Bersalam ke Tidak?

salam alaik....

hari ni ku terbaca email update from group Berusrah Bersama..thx to fan Wanie Niesa tlg sent.... the title is as the blog entry... felt curious rite? sepanjang hidup aq, takat yg aq belajar hukum bersalaman dengan lelaki bukan mahram mmg diharamkan dalam islam....tapi cmne lak klau sekadar hormat sesama sedara.?.

belenggu jgak la...bukannya ku x belajar agama, cuma kadang2 persoalan dalam kehidupan mcm ni sll terkeluar dalam kotak fikiran....dalam syariah time form 5 dulu ada tegaskan budaya bersalaman dengan ipar duai menjadi menjadi dosa kecil bagi umat islam...tetapi bila selalu diamalkan..lama2 bukankker jadi dosa besar gak nnti..?


ada jgak aku dengar ceramah ustaz kazim elias, time yu beliau kupas tajuk ni gak...konklusinya tetap haram bersalaman dengan sedara yg bukan mahram....yang jadi masalah, org melayu tetap nk kekalkan budaya nenek moyang yg ntah brp keturunan pon tatau...sampai hukum asal pon diketepikan.....ish3

okeyh, korang mesti tertanya2 gak an...apasal Asmeelya ni, lamanya intro...boleh salam ker x neh? haram ke tak? ada ijtihad ulama' baru ker? ..hmm...haa...entry kali ni aq nak 4wad dkt korang email yg aku bace...perbahasan antara ulama' terkini..terpulangla nak take note ke x..n jgan risau, kalau korang x caye sumber email ni dari mne, ni aq kasi link dye...


:: haramkah bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram ::

Al-Imam Yusuf berkata dalam fatwa mau'sirah:

Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya adalah bahawa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah bersalaman antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan pakcik atau anak perempuan makciki sama ada dari pihak ibu ataupun dari pihak ayah, atau isteri pakcik, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu sudah lama tidak terjadi.

Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu saya tekankan(perbahasannya panjang,sesiapa mahu perbahasannya yang lengkap emailkan pada saya)

Pertama, bahawa bersalaman antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila ditakuti terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlazat-lazat) dari salah satunya (apa lagi keduanya) maka keharaman bersalaman tidak diragukan lagi.

Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah - meskipun bersalaman itu antara seseorang dengan mahramnya seperti Makciknya, saudara sesusuan, anak tiri, ibu tiri, mertua, atau lain-lain, maka bersalaman pada situasi seperti itu adalah haram.

Bahkan bersalamann dengan anak kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.

Kedua, hendaklah bersalaman itu jika ada keperluan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, iaitu dengan ahli keluarga atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, bagi mengawal pintu kerosakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. - tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah bersalaman dengan wanita lain (bukan ahli kelurga atau tidak mempunyai hubungan yang erat).

Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah - yang komitmen pada agamanya - ialah tidak memulai bersalaman dengan jantina yang berlainan. Tetapi, apabila diajak bersalaman barulah ia bersalaman.

Saya tetapkan keputusan ini untuk dilaksanakan oleh orang yang memerlukannya tanpa merasa telah mengabaikan agamanya, dan bagi orang yang telah mengetahui tidak usah mengingkarinya selama masih ada kemungkinan untuk berijtihad.




Dan saya bawakan juga pandangan dari guru saya.

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram antara lelaki dan perempuan.

Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas.

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.


Bersalam dengan perempuan bukanlah cara yg betul ketika bertemu dgn perempuan dalam Islam. Para Ulama bersepakat mengatakan bersalam dengan perempuan bukanlah cara yang betul. Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini tahu bahawa ia merupakan salah satu dr protokol Islam, kemudian barulah dia menahan diri dari menghulurkan tangan kepada kaum wanita. Al-Quran telahpun memberitahu kita agar jangan melihat kaum yg lain dengan nafsu. Dan kita juga tahu, bersalaman dengan kaum yg lain adalah lebih merbahaya dari itu. Oleh kerana tidak terdapat satu hadis pon mengatakan ia haram, para ulama membuat keputusan bahwa ia menghampiri hukum haram yakni makrooh.

Di dalam fatwa an-Nadthar wal-Khulwah wal-Ikhtilaat-(m/s 10), telah diharamkan lelaki bersalam dengan seorang perempuan yg bukan mahram, Ini kerana dengan bersalam, boleh menbulkan fitnah dan fitnah yg paling hebat ialah menyentuh kulit perempuan ajnabi, dan segala perkara yg membawa ke arah fitnah itu adalah dilarang.

wallahualam~



Tuesday, August 10, 2010

cubalah hayati doa antara dua sujutmu..~




BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.


renung2kn dan selamat beramal...~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~ al-Quran online ~