Showing posts with label questions. Show all posts
Showing posts with label questions. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

dulu mase kecik2 awak g tabika? umo bape g?

aku nyer PASTI Annur Taman Alma Jaya, 5 taon pak aku dah hantaq...law x hantaq lagi dok merepek kat umah...hehe

Ask me anything

Tuesday, January 18, 2011

ko rse kn, ape cara terbaik nak bagi bebudak plus adult makan sayur sbgai satu mknn sihat?

ko rse kn, ape cara terbaik nak bagi bebudak plus adult makan sayur sbgai satu mknn sihat?
Answer here

Sunday, November 28, 2010

kalaw jerawat besar tetiba muncul, ko nak wat pe?

kalaw jerawat besar tetiba muncul, ko nak wat pe?

Answer here

Saturday, October 16, 2010

Haram atau tidak...??




salam, Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


wallahualam...

=selawat=

Monday, August 16, 2010

Nak Bersalam ke Tidak?

salam alaik....

hari ni ku terbaca email update from group Berusrah Bersama..thx to fan Wanie Niesa tlg sent.... the title is as the blog entry... felt curious rite? sepanjang hidup aq, takat yg aq belajar hukum bersalaman dengan lelaki bukan mahram mmg diharamkan dalam islam....tapi cmne lak klau sekadar hormat sesama sedara.?.

belenggu jgak la...bukannya ku x belajar agama, cuma kadang2 persoalan dalam kehidupan mcm ni sll terkeluar dalam kotak fikiran....dalam syariah time form 5 dulu ada tegaskan budaya bersalaman dengan ipar duai menjadi menjadi dosa kecil bagi umat islam...tetapi bila selalu diamalkan..lama2 bukankker jadi dosa besar gak nnti..?


ada jgak aku dengar ceramah ustaz kazim elias, time yu beliau kupas tajuk ni gak...konklusinya tetap haram bersalaman dengan sedara yg bukan mahram....yang jadi masalah, org melayu tetap nk kekalkan budaya nenek moyang yg ntah brp keturunan pon tatau...sampai hukum asal pon diketepikan.....ish3

okeyh, korang mesti tertanya2 gak an...apasal Asmeelya ni, lamanya intro...boleh salam ker x neh? haram ke tak? ada ijtihad ulama' baru ker? ..hmm...haa...entry kali ni aq nak 4wad dkt korang email yg aku bace...perbahasan antara ulama' terkini..terpulangla nak take note ke x..n jgan risau, kalau korang x caye sumber email ni dari mne, ni aq kasi link dye...


:: haramkah bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram ::

Al-Imam Yusuf berkata dalam fatwa mau'sirah:

Setelah memperhatikan riwayat-riwayat tersebut, maka yang mantap dalam hati saya adalah bahawa semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi saw. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, maka tidak mengapalah bersalaman antara laki-laki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat laki-laki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti anak perempuan pakcik atau anak perempuan makciki sama ada dari pihak ibu ataupun dari pihak ayah, atau isteri pakcik, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu sudah lama tidak terjadi.

Dalam menutup pembahasan ini ada dua hal yang perlu saya tekankan(perbahasannya panjang,sesiapa mahu perbahasannya yang lengkap emailkan pada saya)

Pertama, bahawa bersalaman antara laki-laki dan perempuan itu hanya diperbolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila ditakuti terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan taladzdzudz (berlazat-lazat) dari salah satunya (apa lagi keduanya) maka keharaman bersalaman tidak diragukan lagi.

Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah - meskipun bersalaman itu antara seseorang dengan mahramnya seperti Makciknya, saudara sesusuan, anak tiri, ibu tiri, mertua, atau lain-lain, maka bersalaman pada situasi seperti itu adalah haram.

Bahkan bersalamann dengan anak kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.

Kedua, hendaklah bersalaman itu jika ada keperluan saja, seperti yang disebutkan dalam pertanyaan di atas, iaitu dengan ahli keluarga atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab diantara mereka; dan tidak baik hal ini diperluas kepada orang lain, bagi mengawal pintu kerosakan, menjauhi syubhat, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi saw. - tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah bersalaman dengan wanita lain (bukan ahli kelurga atau tidak mempunyai hubungan yang erat).

Dan yang lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah - yang komitmen pada agamanya - ialah tidak memulai bersalaman dengan jantina yang berlainan. Tetapi, apabila diajak bersalaman barulah ia bersalaman.

Saya tetapkan keputusan ini untuk dilaksanakan oleh orang yang memerlukannya tanpa merasa telah mengabaikan agamanya, dan bagi orang yang telah mengetahui tidak usah mengingkarinya selama masih ada kemungkinan untuk berijtihad.




Dan saya bawakan juga pandangan dari guru saya.

Secara umum terdapat 2 pendapat. Yang pertama dipegang oleh kebanyakan ulama yg lepas dan sekarang yakni tidak dibenarkan. Yang kedua pendapat ulama kontemporari yakni adalah lebih baik untuk tidak bersalam tangan dengan org yg halal kita kahwini, namun sekiranya seseorang itu boleh menyebabkan jatuh maruah sesseorang itu, maka itu dibenarkan. Di sini ingin dijelaskan bahawa Islam telah menutup segala pintu yg boleh membawa kepada hubungan yg haram antara lelaki dan perempuan.

Prof Qardhawi telah mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu'asirat): Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas.

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.


Bersalam dengan perempuan bukanlah cara yg betul ketika bertemu dgn perempuan dalam Islam. Para Ulama bersepakat mengatakan bersalam dengan perempuan bukanlah cara yang betul. Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini tahu bahawa ia merupakan salah satu dr protokol Islam, kemudian barulah dia menahan diri dari menghulurkan tangan kepada kaum wanita. Al-Quran telahpun memberitahu kita agar jangan melihat kaum yg lain dengan nafsu. Dan kita juga tahu, bersalaman dengan kaum yg lain adalah lebih merbahaya dari itu. Oleh kerana tidak terdapat satu hadis pon mengatakan ia haram, para ulama membuat keputusan bahwa ia menghampiri hukum haram yakni makrooh.

Di dalam fatwa an-Nadthar wal-Khulwah wal-Ikhtilaat-(m/s 10), telah diharamkan lelaki bersalam dengan seorang perempuan yg bukan mahram, Ini kerana dengan bersalam, boleh menbulkan fitnah dan fitnah yg paling hebat ialah menyentuh kulit perempuan ajnabi, dan segala perkara yg membawa ke arah fitnah itu adalah dilarang.

wallahualam~



Wednesday, July 28, 2010

WANITA MENANGIS...??

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"




Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Friday, July 2, 2010

layakkah kita nak marah??


"layak ke kita nak marah pada org lain"

"Eee..geramnya.."(timbul rasa marah apabila apa yang terjadi tidak selari dengan apa yang diinginkan malah dirasakan sukar dan menyukarkan)..

Astaghfirullah......"aku mohon keampunanMu ya Allah"..marah? kenapa kita marah? kepada siapakah kita hamburkan kemarahan kita tersebut? untu...k apa kita marah? untuk menunjukkan perasaan? protes? mari kita semak balik, kenapa kita marah? bertempatkah kemarahan kita? banyaknya kemarahan kita selalu tidak bertempat.

aduhai...siapalah kita untuk marah? apakah layak untuk kita dengan sengaja dan suka2 hati untuk marah kepada orang lain yang tiada salah silap pada kita? geram? hmm...mari tanya balik diri kita. ingatkan semula apa yang kita lupa..

lupakah kita pada diri kita sendiri yang seringkali melakukan kesilapan? lupakah kita bahawa setiap orang ada kekurangan? lupakah kita untuk menerima dan berlapang dada dengan orang lain kerana kita dan dia tiada beza, bahawa dia dan kita adalah hamba Allah jua? ya, kita dah lupa banyak perkara..

dan ada satu lagi perkara yang kita semua selalu terlupa, terleka..di saat kemarahan membuak2 dihamburkan pada orang lain samada secara zahir mahupun sembunyi, kita lupa...kita lupa bahawa kemungkin Allah juga sedang marah pada kita??kita marah kerana orang lain melakukan kesilapan dengan kita..sedang kita lupa bahawa kita selalu dan banyak melakukan kesilapan padaNya..

belum lagi ditambahi dengan sikap kita yang terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya pada kita..alahai diri...layakkah untuk memarahi orang lain??
marahilah dan insafilah kesilapan diri sebelum kita memarahi orang lain..
dan ingatlah bahawa MARAH itu sikap syaitan..syaitan itu dari api..api boleh dipadamkan dgn air..wuduk boleh memadamkan kemarahan..

maka, apakah kita ingin menjadi sahabat syaitan???


=selawat=

Friday, June 4, 2010

FACEBOOKING?? TERUSKANLAH~

Kepada semua penggemar facebook,
Tak kira anda ustaz, anda ustazah, hatta anda ulama’ terkenal sekalipun,
Teruskanlah menggunakan aplikasi sosial Facebook kerana ia amat menyeronokkan, anda boleh berkenalan dengan sesiapa saja, anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja. Bagi yang nak glamor, facebook juga adalah tempat yang sesuai untuk anda expose diri anda, letak saja gambar anda yang macho, dengan posing yang pelbagai dan fully edit untuk tatapan umum, bagi wanita inilah saat yang paling sesuai untuk anda tayang bentuk badan anda, pakaian yang menjolok mata, bergambar dengan posing yang mengiurkan dan setiap hari sentiasa berbangga dengan iklan tubuh badan anda sendiri yang telah berjaya untuk menerima puluhan malah ratusan friend request. Andalah yang paling hebat jika dapat menjadi pujaan ramai dalam facebook. Selain itu bagi para remaja dan belia, anda boleh buangkan masa muda anda yang amat bernilai ini berjam-jam dengan Facebook, anda boleh chating, upload gambar, kutuk-mengutuk, main game dan macam-macam lagi ada seperti slogan Astro tu. Tapi yang paling penting, semua ni percuma.. kerana tidak ada satu sen pun yang anda bayar untuk facebook. TAPI ADAKAH AKSES INTERNET DIPEROLEH SECARA PERCUMA??? TALEKOM PEMBEKAL UTAMA AKSES INTERNET MEMBAYAR BERBILION RINGGIT UNTUK MENGHUBUNGKAN KITA DENGAN DUNIA LUAR, TERMASUKLAH DENGAN FACEBOOK, WANG ITU HASIL DARI KITA JUGA. KEPADA SIAPA TELEKOM BAYAR? ANDA INGAT GOOGLE DAN YAHOO BUTA-BUTA NAK SEDIAKAN PERKHIDMATAN PERCUMA??.Tapi untuk menyedapkan hati anda, DAN anda jenis yang berfikiran SINGKAT dan SEMPIT, anda akan katakan ini percuma. Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan waktu berjam-jam yang dihabiskan dengan facebook untuk mengutip sedikit mutiara ilmu yang bertaburan dalam internet. Atau untuk menyumbang kepada umat Islam dan manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah?. Selain itu, anda sentiasa berasa anda telah membuat satu keputusan yang betul bila anda telah mendaftar dalam facebook. Malah mungkin ada antara anda merasakan hidup ini telah lengkap dengan adanya facebook.

Setiap saat sedang anda sedang sibuk membuang masa menghadap computer untuk keseronokkan dengan facebook, Mark Zuckerberg pula sama seperti anda,dia pun menghadap computer juga, tapi bukan untuk chating, main game atau kutuk mengutuk dalam facebook, tapi dia sedang memeriksa akaun banknya yang setiap saat sentiasa bertambah, mencari peluang-peluang baru untuk kembangkan aplikasinya dan yang paling gemar si Yahudi ni lakukan ialah berfikir, oh..betapa BODOHnya umat Islam ini, luangkan masa dan wang ringgit mereka untuk menggunakan aplikasi yang dia cipta ini. Anda sendiri tahu yang Mark Zuckerberg ini seorang Yahudi tapi anda tidak pernah tahu dan ingin ambil tahu tentang kegiatan dia dalam pertubuhan Yahudi iaitu Alpha Epsilon Pi. Anda juga tidak pernah mahu untuk memikirkan sejuah mana sumbangan dia dalam komuniti Yahudi dan negara Israel. Jika anda tahu sekalipun dia yang sumbangkan duit untuk Israel bunuh umat Islam di Palestin, apa anda peduli, anda bukan ada ayah, ibu, kakak, abang, adik, atuk, nenek, mak cik dan pak cik di Palestin. Bagi anda lantak la dengan orang Palestin, dah takdir, takkan nak tutup akaun facebook kerana orang Palestin kot, mana berbaloi. Rugi lah kalau tutup akaun facebook, dah tak boleh tayang badan kat orang, tak boleh chating dengan member2, tak boleh nak kutuk2 dah, tak boleh nak main game dah..kesimpulannya kalau tutup akaun facebook ni life is gone. BILA ADA PERADUAN MELUKIS WAJAH NABI MUHAMMAD, ANDA MARAH, ORANG MAIN-MAINKAN RASUL ANDA. Tapi dalam masa yang sama anda tetap juga log in dalam facebook, klik ke sana sini, dan Mark Zuckerberg terus terseyum lihat duit terus menerus masuk ke akaunnya selagi anda terus klik apa2 saja yang ada dalam facebook tu. Bila orang kata boikot la facebook, dia biarkan orang hina agama Islam, anda pun angguk tanda setuju, tapi anda tetap buka facebook kerana ada anda kisah orang hina Rasulullah?, biarlah orang hina Islam pun, janji aku seronok dapat buka facebook, lagipun sekejap saja, nak hina, hinalah… Anda tak kisah langsung kerana anda telah tenggelam dalam zuuq facebook. Biasalah tebal mana sangat iman orang macam kita ni.
Sekarang Yahudi Zionis mengganas lagi, sesuka hati membunuh aktivis bantuan kemanusian, mereka yang tidak bersenjata ditembak sesuka hati,tapi kerana tekad dan iman para aktivis ini yang tinggi telah membawa mereka ke jalan syuhada. Sekali lagi anda tahu dan anda amat marahkan Zionis, anda maki macam-macam pada Zionis. Negara kecil di tengah Teluk Arab berani sekali untuk menjadi samseng dunia, anda kata Amerika lah yang sokong Zionis, Britain lah yang banyak tolong mereka tubuhkan negara Israel, tapi anda lupa..mereka berani bukan kerana sokongan negara-negara lain, tapi mereka berani kerana kerana dunia dan anda merestui mereka, kerana anda terus menyokong mereka melalui Facebook, anda adalah antara 540 juta penyokong setia Iblis ini dengan cara anda menggunakan facebook. Beruntung betul anda kerana anda adalah antara tangan-tangan yang membunuh umat Islam di seluruh dunia. Apa hendak anda takutkan, Kiamat belum tiba lagi, anda pun masih muda remaja. Nanti dah dekat nak mati pandai-pandai bertaubat. Apa-apaun teruskanlah berFacebook untuk kepuasaan anda dan sebagai tanda sokongan anda kepada kekejaman Israel. Mungkin di saat anda sedang membaca artikel ini, di tab yang lain, masih terpampang wall facebook. Wasalam.

=maaf, entry ni sy kongsi dr http://pongsuseribu.blogspot.com thx to her..salam~ peace 4 palestine..
(sngt tertarik pabila bc entry blog ni, rasa terkena balik dkt dr sendri, well, im trying to slow down now on FB day by day..insyallah, YES, WE CAN!!)

=selawat=

Friday, May 28, 2010

panduan arah kiblat

Assalamualaikum kawan-kawan,

SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH 28 MEI ( kira-kira jam 5.16 petang ) & 16 JULAI (5.28 petang ) waktu Malaysia.

APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.

Waktu solat dan posisi info

Waktu solat dan posisi info

Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.

2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.

3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.

4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.

2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Maklumat tambahan :Wikipedia- Kiblat
Nota – Ka’bah terletak pada koordinat 39o 49′ 34″ BT; 21o 25′ 21″ LU)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~ al-Quran online ~