Friday, May 21, 2010

_selawat_

ASSALAMUALAIKUM. Tomorrow is a very challenging day for Muslim around the world. Because tomorrow on the INTERNET a few non-Muslim
will organizing a horrible event-Draw MUHAMMAD S.W.T,day. So as Muslim we have toboycott this event.

So tonight at "12am", just log off from all social sites such as: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5 and many more. By Doing this these people will face a heavy financial loss INSYAALLAH.

It's time to show our LOVE and RESPECT for our NABI MUHAMMAD S.A.W. Please forward this text to as MANY people as you can do at least this much for our Prophet S.A.W. Visit the CNN website if you don't believe this.

This is one step beside PRAYING to our ALLAH S.W.T. Wallahua'lam

Thursday, May 20, 2010

Kalau semua putih, membosankan!

Betapa orang cenderung pada kebaikan walaupun nalurinya mengintai-intai kejahatan. Ada orang cenderung pada kejahatan walaupun nalurinya membisik kebaikan. Ini lumrah kehidupan. Itulah yang membuat hidup ini indah. Kehidupan ini ibarat lukisan berwarna-warni. Kalau satu warna sahaja tidak menawan. Kalau semuanya putih pastinya tidak relistik. Kalau semuanya hitam membosankan.

Ia ibarat lukisan.
Kalau kanvas itu putih kita guna warna putih tentunya lukisan tidak timbul. Mana mungkin kita lihat kontras warna dan keindahan. Jika cuma warna hijau tentu lukisan jadi kaku. Apapun jika kanvas putih dipalitkan hitam akan lahir sebuah lukisan.

Sekiranya lukisan penuh warna tampaklah keindahan 'wajah-wajah'nya. Di sana ada merah, biru, kuning, hitam, jingga, putih, samar, ungu, hijau. Bayangkan betapa indahnya lukisan itu. Terlahirlah wajah-wajah dalam bentuk warna-warna. Jika asyik warna indah jangan lupa di sana ada hitam yang kita benci.
Jika seluruhnya putih... membosankan! Jadi kenapa takut pada hitam. Bukankah hitam itu menghidupkan?

Ini yang dikatakan haq dan bathil itu paut-memaut atau hidup-menghidupkan. Akhirnya mereka bersatu dan tidak dipisahkan. Perhatikan jika memakai satu warna sahaja, memang membosankan.
Rumah warna merah, kereta merah, baju merah, kasut merah, alatan rumah merah, semuanya merah. Andaikata semua bunga berwarna merah semata-mata, tidak ada kuning, putih, biru dan seumpamanya... aduh seakan si Penciptanya tidak hebat! Seandainya semua berkaki dua, tidak ada berkaki empat, enam, lapan, sepuluh, seratus... Bosan. Tidakkah kita sedar ada yang tidak berkaki langsung! Hebatnya Penciptaan!

Ini adalah kiasan semata-mata (tentang warna-warna kebenaran).

Neraka Wil bagi umat yg tidak khusuk solat

bismillahirahmanirrahim...

Cepat benar engkau melupakan aku, wahai sahabat, walhal aku senantiasa menantikan pujian-pujian darimu. Apakah kata-kataku selama ini tiada nikmatnya. Atau engkau bersangka aku berjenaka seperti jenakanya teman-temanku itu?

Sahabat, demi kasihku padamu biarku peringatkan berkali-kali tentang
Neraka Wail yang dahsyat itu - iaitu tempat mereka yang lalai dan tidak khusuk dalam solat mereka. Di mana bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Apakah tidak engkau perhatikan bukti-bukti nyata di sekelilingmu...

"Neraka Wail bagi mereka yang bersembahyang, yang mana ia lalai di dalam solatnya" Al-Maun: 4-5

Perhatikanlah mereka-mereka yang tidak khusuk dalam solatnya -
kulit mereka terbakar hangus. Biarpun saling diganti baru tetapi tetap juga hangus dibakar Wail. Bahkan mereka keluar dan terjun kembali berulang-ulang, musibah dari kelalaian mereka... Oleh itu, khusuklah dalam solatmu agar kamu bertemu kekasihmu sepertimana para wali-wali itu lalui, insyaAllah...

Sahabat, fahamkah engkau apa yang kami cuba terangkan itu. Fahamkah engkau tentang solat, tentang khusuk, tentang neraka wail, tentang kulit yang terbakar, tentang bahan bakarnya...

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu..." At-Tahrim: 6

Jika sahabat sudah faham, bertambahlah kasih kami kepada tuan. Jika kami lalai dan tidak khusuk dalam solat kami, menjadi hak tuan pula peringatkan kami...wallahualam..

=selawat=

Tuesday, May 18, 2010

sahabat sejati...kite berukhwah yg tiada akhirnya, bukan buat kuah y nnti boleh basi....

bismillahirrahmanirrahim..

asslamualaikum w.t.w..

alia pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri.
Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat.
Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?
wallahualam...

=selawat=

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU..

bismillahirahmanirrahim..

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kotaMadinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

=selawat=

Monday, May 17, 2010

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA..




bissmillahirahmanirahim...
salam alaik, ape khabar semua?? harap sihat selalu hendaknye...hidup ini merupakan satu perjalanan yang panjang...bnyak dugaan dan rintangan...mcm2 boleh jadi, mmg x diduga pon kadang2...sll masalah datang bertimbun2...bak kata en.zaili,kaunselor sekolah alia dulu, ada sorang ja dlm dunia ni yg xdak masalh...bahagia ja selalu..sapa dya?? org gila la jwbnya..haha..
well, we learn from mistake and experiences are the best teacher in our life...hmmm...to get in problems are easy, but to handle it needs lot of energy and efforts...sometime we took wrong, and sometimes we took right decision...dah tu...japg ramai plak yg komen bukan2...lumrah manusia, bnyak org bnyak ragam...bak kate org perak, biyor ler deme nk pikio ape...asekn teman bahagie...hek3...entry kali ni alia nk bwakkn kisah teladan yg mengingatkn kita jgn terlalu ikot ckp org...bercakap mmg mudah, tetapi nk melaksanakannya itu yg menjadi teka silang kata dlm segala masalah...ok...enjoyzz~
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA..


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

=selawat=



Saturday, January 16, 2010

pemergianmu....

salam alaik....

Alhamdulillah terlistas plak hati aliya nak coretkan sedikit kalimat utk entry kali ni.... lama dah x tulis..nanti kang follower suma merajuk xnk baca aliya punya blog dah...huaaaa.....jgan!! u all will miss my words if u do that...weee~~~

pagi ni aliya adela bukak youtube. tengokla video yg latest2 ckit...chewah...sekadar mencuci mata...bukan tngok benda x elok ea!!! nauzubillah, sekali kita tngok maksiat, ilmu teros lari lintang pukang tinggalkan kita...adoiii...mintak simpang la dengan ujian dunia IT sekarang ni dengan jarum2 kafir laknatullah yg makin menajam menusuk setiap rongga umat islam yg lemah....masyallah.....
ALILMU ANNUR WA NURULLAH LA YAHDI LIL'ASI" ...bermaksud....
"ilmu itu cayaha dan cahaya xkn hadir kepada org yg melakukan maksiat"...(renung renungkan dan selamat beramal)

oklah jauh lari plak...ni ha video yg aliya nk cerita ni...sedih video ni...smpai berlinangla air mata aliya membayangkan bibit2 lirik video ni....insyallah, kalau kita rasa sebak, tangislah wahai sahabat. tak rugi....sesungguhnya air mata yg berlinang kerana takutkan Allah akan menjadi pemadam api neraka....wallahualam....so meh kita ramai2 hayati sama2 nasyid ni....wee~~~


PEMERGIANMU.....

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~ al-Quran online ~