TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS- HTU332/2)
Disediakan Oleh:
DR. SUHAILA ABDULLAH
DR. SUHAILA ABDULLAH
MAKNA TAMADUN
Tamadun boleh dimaksudkan dengan:
1. Madinah atau mudun yang bermaksud “perbandaran” atau “kekotaan”.
2. Madana bermaksud ketinggian budi pekerti.
3. Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar
4. Peradaban yang berasal dari akar kata “adab” dan “ta’dib”. Merujuk kepada kehidupan yang beradab.
Ibn Khaldun – nama sebenar Abd al-Rahman Ibn Muhammad, seorang pemikir yang unggul, berasal dari Tunisia. Beliau dianggap sebagai bapa sosiologi yang mengasaskan teori peradaban.
Beliau berpandangan bahawa kehidupan bertamadun adalah kehidupan bandar. Tamadun juga didirikan atas dasar semangat assabiah atau kekitaan yang melahirkan semangat tolong-menolong dan kerjasama antara semua ahlinya.
Di antara karya beliau yang terkenal ialah Kitab Muqaddimah yang membicarakan berkaitan ilmu ketamadunan yang ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri yang terlibat dalam politik dan pemerintahan.
Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun menggunakan beberapa istilah bagi merujuk kepada kehidupan bertamadun:
i. Umran bermakna kawasan yang didiami secara tetap, berkembang dan maju dalam bentuk perbandaran.
ii. Hadharah bermaksud kehidupan di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan dan berbudi pekerti tinggi.
Syed Naquib al-Attas pula menjelaskan maksud kehidupan bertamadun sebagai pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
TAMADUN ISLAM
Asas utama tamadun Islam ialah untuk memelihara, memperbaiki, dan menghormati hak-hak anugerah Allah kepada hamba-hambaNya.
Hal ini amat berbeza dengan Tamadun Barat yang melihat agama hanya sebahagian daripada pengisian tamadun
Islam memandang bahawa agama adalah diletakkan sebagai aspek tertinggi dalam pembinaan tamadun
Pandangan semesta Islam tidak terbatas pada suatu bangsa, kaum atau ras tertentu.
Aspek kepercayaan dalam tamadun Islam tidak sama dengan agama lain
KONSEP KEKUASAAN
Al-Quran menjelaskan bahawa Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak alam ini dan seluruh isinya (termasuklah manusia)
Manusia hanya sebagai khalifah @ pemegang amanah yang tidak mempunyai kuasa mutlak.
Manusia mesti mengikut ketetapan hukum-hukum Allah dan prinsip-prinsip yang menjadi asas hukum tersebut.
PENYALURAN NILAI TAUHID DALAM PENGASASAN TAMADUN ISLAM
Nilai “tauhid” disalurkan melalui pengajaran dan bukti-bukti dari kejadian alam serta pengiktibaran daripada pemaparan sejarah lampau di dalam Al-Quran
Islam sesuai menjadi teras kepada tamadun kerana tidak memisahkan elemen dunia dan keagamaan
Akidah tauhid menjadi paksi kepada segenap aspek berkaitan soal ketamadunan
Nilai yang diiktiraf Islam ialah yang diredhai Allah dan bukan berdasarkan pertimbangan manusia.
TAMADUN CINA
DR. SUHAILA ABDULLAH
Asal-Usul Tamadun China
Dinasti terawal D. Hsia /Xia atau @ Dinasti Shang (1766-1122sm)
Masyarakat awal China bergantung kepada Sg Kuning @ Sg. Huanghe
Sekitar 3950-1700 muncul kebudayaan Neolitik China iaitu Kebudayaan Yangshao
3000 S.M muncul kebudayaan Longshan
2.Tahap Perkembangan tamadun China
A. Tahap Permulaan/ Pembinaan
B. Tahap Kegemilangan/ Keagungan
C. Tahap Peralihan
i)Tahap Permulaan
Dinasti Hsia/Xia (2200/2210-1600/1700) dan Shang(1700-1027)
Diikuti dengan D. Chou/Zhou dan Chin/Qin.
ii) Tahap Kegemilangan
Dinasti Han, Sui, Tang.
Kemuncak dinasti ini ialah di bawah pemerintahan Han Wu Ti.
Keunggulan dinasti – “Anak cucu Han”
Dinasti Sui (581-618M).
Dinasti Tang (618-907M)
Tahap Peralihan
Dinasti Song, Yuan, Ming, Ching dan Komunis.
Terbahagi kepada 2: tahap pencerobohan orang luar atau gasar dan kemasukan kuasa Barat.
Hubungan Dinasti Ching dengan Barat
Inggeris memperkenal perdagangan candu yang membawa kepada peperangan Candu – Perang Candu I berlaku pada 1839M.
2. UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA
Unsur Pertama: Alam Sekitar
Unsur Kedua:Sistem Pertanian Purba
Unsur Ketiga : Bahasa dan Sistem Tulisan Cina
Unsur Keempat : Pembentukan Bangsa Tionghoa
Unsur kelima:Pandangan Semesta Dalam TC
Unsur Keenam: Falsafah dan Agama Cina
Unsur Ketujuh:Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan
Unsur Kelapan: Keluarga dan Masyarakat Cina
Unsur Kesembilan: Orientasi Sistem Nilai dalam TC
PANDANGAN SEMESTA, PEMIKIRAN CINA, DAN NILAI-NILAI PENTING.
Individu Dalam Masyarakat
Individu Dalam Masyarakat
Individu – unit asas yang membentuk masyarakat.
Pertubuhan sosial iaitu institusi keluarga diiktiraf.
Nilai Kekeluargaan
Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan
He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga.
jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan).
Sistem Organisasi & Institusi Sosial
Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki tangga teratas dalam susun lapis masyarakat Cina.
Raja/ Maharaja dianggap sebagai wakil tuhan
Sistem Masyarakat
i. Golongan cerdik pandai;
ii. Golongan petani;
iii. Golongan tukang; dan
iv. Golongan peniaga.
Konsep Ren
Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina.
Naluri untuk sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan.
Meninggikan martabat manusia.
Junzi
Junzi (Chun Tzu) ialah personaliti yang ideal dalam Konfusianisme.
Junzi merujuk kepada seorang budiman.
Junzi mempunyai beberapa peranan antaranya: mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia.
iii. Konsep Lima Hubungan
i. Antara suami dan isteri;
ii. Antara bapa dan anak;
iii. Antara adik beradik;
iv. Antara pemerintah serta rakyat; dan
v. Antara kawan serta sahabat.
ISU-ISU KONTEMPORARI DAN MASA HADAPAN
Disediakan Oleh:
DR. SUHAILA ABDULLAH
DR. SUHAILA ABDULLAH
Kerangka Tamadun
Penempatan awal, sumber semulajadi, masyarakat produktif, kedudukan geografi baik, kewibawaan pemimpin, cekap mentadbir negara, pengaruh agama dan budaya intelek
INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN ASIA DENGAN TAMADUN BARAT
Interaksi Positif
Sains dan teknologi, hubungan politik antarabangsa, hubungan perdagangan dll.
Interaksi Negatif
Peperangan dan penjajahan, eksploitasi sumber alam, dominasi, nilai Barat dll.
Krisis Nilai dalam Tamadun Barat
Barat ghairah bangunkan ekonomi, abai persoalan kemanusiaan -bencana kepada manusia dan alam sekitar.
Kes jenayah, konflik moral, pengabaian agama, rasuah, krisis alam sekitar dan Barat beri gambaran buruk tentang Islam
DAMPAK BARAT dan strategi Asia menanganinya
Kehadiran kuasa imperialis beri kesan mendalam ke atas tamadun Islam dan Asia.
Punca konflik Islam & Asia dengan Barat : perbezaan nilai hidup, budaya dan kepercayaan.
Pertembungan Islam dengan Kuasa Barat.
Huntington jangka berlaku konflik agama bila Barat bertembung dengan Asia. Barat menceroboh negara lain berdasar faktor: Ideologi, ekonomi & kekuasaan
Dampak Barat – Tamadun Melayu
Kedatangan Barat ke Alam Melayu – impak besar budaya, peradaban serta politik.
Sistem Residen sempit dan hapus peranan Raja dan pembesar Melayu. Tokoh-tokoh Melayu ketuai pemberontakan menentang penjajah.
Dampak Barat – Tamadun Cina
China pernah jadi gelanggang kuasa Barat : Portugis, Belanda dan Inggeris hingga tercetus Perang Candu dan Perang Boxer.
Dampak Barat – Tamadun India
Campur tangan British dalam pentadbiran India timbulkan pelbagai reaksi.
Penubuhan Syarikat Hindia Timur (1757-1857) timbulkan persaingan antara Sepanyol, Belanda dan Portugis dan orang India jadi mangsa.
Isu-isu kontemporari
Keruntuhan moral dan nilai, masalah institusi keluarga, krisis alam sekitar, persepsi negatif terhadap Tamadun Islam, penjajahan budaya dll.
DOMINASI BARAT DAN GLOBALISASI
Dominasi Terhadap Politik- tentu halatuju politik dunia.
Dominasi Terhadap Ekonomi- wujud ekonomi global kapitalisme dan liberalisme
Dominasi Terhadap Budaya – Cabaran budaya dan cara hidup
Dominasi Terhadap Pemikiran- terpegun dengan cara hidup Barat.
Dominasi Terhadap Nilai dan Adat Resam- fahaman individualisme, sekularisme dan humanisme.
Dominasi Terhadap Media- Media cetak dan elektronik berpusat di Barat.
KESIMPULAN KESELURUHAN DAN MASA HADAPAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA.
Dialog peradaban, terima perbezaan, bertoleransi, nilai-nilai sejagat dikongsi bersama dan elak konflik
Strategi untuk menangani perbezaan ialah melalui prinsip kebebasan beragama, mengelak ekstremisme, cauvinisme dan fanatisme, berdialog dan sopan dalam dialog#
Artikel yang boleh dirujuk berkaitan Islam Hadhari :
Huraian Konsep Pendekatan Islam Hadhari
Kerajaan Malaysia telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Hal ini adalah kerana pihak kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk tujuan membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara ke arah yang lebih cemerlang.
Satu perkara penting yang harus difahami ialah bahawasanya pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-Quran dan Al-sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Oleh sebab itu, Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan atau merubah prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Dalam kata lain, pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan tamadun yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.
Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip matlamat Pensyariatan syariat Islam (maqasid al-syariah) yang sentiasa berkembang dan diantara lain yang menjadi pokok seperti;
Menjaga, memartabat dan memperkasa ;
• Agama
• Akal
• Nyawa
• Harta
• Keturunan
• Maruah
• Institusi Keluarga
• Alam Sekitar
• Akal
• Nyawa
• Harta
• Keturunan
• Maruah
• Institusi Keluarga
• Alam Sekitar
Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.
“Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
”Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.”
Olahan daripada:
Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55
di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
pada 23 September 2004
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55
di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
pada 23 September 2004
Pesanan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada para pelajar di bawah kumpulan saya pada semester ini di SK3, Semester 2, 2010/2011,
Selamat mengulangkaji pelajaran. Semoga nota ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami TITAS.
Semoga anda semua dapat bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sila ambil perhatian pada konsep peperiksaan Titas kali ini yang bukan lagi berbentuk objektif, tapi adalah dalam bentuk subjektif. Sila bawa pen untuk menjawab soalan. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang.
Plan your work and work your plan! All the best to all of you.. Maa’ al-taufiq wa al-najah..
Dr Suhaila
kredit from...http://drsuhaila.com/topik-pengajaran/
No comments:
Post a Comment
__pelease drop ur comment here...teeettt.!!~