Thursday, June 3, 2010

program alumni SMKANT...bg nama please!!

Kepada Semua rakan-rakan JAST,

SMKANT telah menawarkan satu slot dalam Program Kecemerlangan dan Pemantapan Akademik yang akan bermula pada 4 hingga 6 Jun 2010 di SMKANT kepada alumni utk diisi dengan slot motivasi berbentuk LDK. Slot yang diberikan adalah pada 5 Jun 2010 jam 8mlm dengan penyertaan pelajar seramai 280 orang yang akan menduduki Peperiksaan PMR dan SPM.

Kepada yang berminat untuk menjadi FASILITATOR saya mengharapkan agar dapat diberikan maklumat diri seperti Nama, No.Telefon dan Email bg kami mengambil tindakan seterusnya. Hal ini perlu disegerakan kerana hanya ada lebih kurang 2 hari untuk kami membuat persediaan.

Amatlah diharapkan agar dikumpulkan seramai 28 ke 30 orang rakan-rakan yang akan bertindak sebagai fasilitator.Oleh yang demikian, bg pihak alumni saya mengharapkan kepada rakan-rakan JAST yang mempunyai kelapangan masa dan tenaga untuk bersama2 menyertai alumni menjayakan slot tersebut.Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di talian 012-5318364 (Hafiz Ali aka Pili).

Modul dan aktiviti yang akan dijalankan semasa slot tersebut akan diberikan kepada mereka yang terlibat sahaja.Sekian, dengan serendah hati saya mengharapkan perhatian dan bantuan rakan-rakan, sahabat-sahabat yang masih menyayangi SMKANT.

=aq 4wad dr group fb JAST (jalinan ukhwah smkant), lau berminat boleh bg nama penoh kat komen bwah ni, nnti aq tlg daftarkn...thx, harap semua batch exp spm/08 berminat~

No comments:

Post a Comment

__pelease drop ur comment here...teeettt.!!~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~ al-Quran online ~