Saturday, February 19, 2011

Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011

Salam sejahtera buat semua.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.
Daripada 23 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tiga sekolah harian biasa, lapan Sekolah Kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan.
Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:
  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  3. Sekolah Tuanku Abdul RahmanPerak
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  15. SK Convent Muar, Johor
  16. SK Seri Biram, Pahang
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu
  21. SK Jalan Tiga, Selangor
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor
Sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.
Maklumat daripada BERNAMA
beliamuda: Sebelum ni ramai pelajar dan bekas pelajar yang tidak berpuas hati apabila sekolah mereka tidak disenaraikan sebagai SBT kerana mereka merasakan sekolah mereka layak. Jadi, adakah sekolah anda sudah tersenarai untuk SBT 2011?

credit from; beliamuda {dot} com

No comments:

Post a Comment

__pelease drop ur comment here...teeettt.!!~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

~ al-Quran online ~